Lelaki ini seharusnya layak diberikan anugerah “Teman Lelaki Paling Romantik”. Sebagai buktinya, dia juga sanggup memakai kasut tumit tinggi dimiliki oleh teman wanitanya yang berwarna merah jambu itu.
Punca lelaki tersebut berbuat demikian selepas teman wanitanya menyatakan yang dia berasa amat letih dan kakinya juga rasa tidak selesa.
Lelaki tersebut sebaliknya membuka seliparnya dan berikan kepada teman wanitanya itu.
Kejadian ini didapati berlaku di China, pasangan itu juga berada di hospital dan sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
Gambar terbabit juga telah dirakamkan oleh seorang lelaki hanya dikenali sebagai Xie yang kebetulan berada di hospital yang sama itu.
Teman wanitanya ternyata mahu menukar semula kasut yang ditukar itu namun lelaki tersebut menolak,” katanya.
Gambar tersebut telah menjadi perbualan hangat di media sosialChina dan rata-rata netizen memuji sikap prihatin lelaki tersebut yang amat jarang dimiliki oleh lelaki lain.
Apabila perasaan cinta yang amat mendalam, seseorang itu juga sudah pasti melakukan perkara yang mustahil di lakukan dan menolak tepi perasaan malu hanya kerana tidak mahu kesayangannya menanggung kesakitan.
Sumber: Hanasuva.com
Kerana Terlalu Sayang Terhadap Teman Wanitanya Lelaki Ini Sanggup Memakai Kasut Tumit Tinggi
Reviewed by Unknown
on
September 29, 2017
Rating:
No comments: