banner image

MASIHKAN ANDA INGAT TENTANG PEMBUNUHAN KEJAM ALONG SPOON PADA TAHUN 2000?? INILAH FAKTA KES YANG RAMAI TIDAK TAHU!

Genap sudah 15 tahun pemergian Vokalis kumpulan Spoon, Along Spoon.

Along Spoon yang cukup popular dengan lagu nyanyian Rindu Serindu-Rindunya. Mereka yang membesar dengan lagu-lagu pada era-90an pasti cukup mengenali beliau ini.

Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik Shafiee pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air pada ketika itu.

Kumpulan Spoon yang diketuai oleh Along yang memiliki suara yang mantap telah berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999).

Kemantapan Spoon telah disenaraikan dalam kumpulan slow rock terbaik pada era itu, dan ketika itu jugalah terciptanya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Bagaimanapun, dalam kehangatan Spoon, Along dilaporkan hilang. Pelbagai persoalan timbul dalam benak kepala para peminat setianya, begitu juga dengan ahli keluarga dan rakan sekumpulannya.

Masing-masing bagai hilang keruan dengan kehilangan itu.

Namun, selepas 10 hari akhirnya kehilangan Along terjawab. apabila polis menjumpainya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Ikuti kronologi kes pembunuhannya.

Along-Spoon-2

Kronologi Kes Pembunuhan Along Spoon

● 25 Disember 1999 – Penyanyi lagu Rindu Serindu-Rindunya, Sabi’ul Malik Shafiee yang lebih dikenali sebagai Along Spoon dilaporkan hilang. Ketika itu dia berusia 19 tahun.

● 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari kehilangan Along, pihak polis menjumpai rangka manusia dipercayai jasad Along yang diikat dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu.

● 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.

● 19 Januari 2000 – Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur itu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

● 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan pembunuhan ini.

● 29 September 2009 – Mohamed Ya’cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sabitan hukuman mati terhadapnya.

● 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas Lans Koperal Mohamed Ya’cob yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.

Pembunuh Along Spoon

Pembunuh Along Spoon

Misteri pembunuhan Along Spoon yang memakan masa selama 10 tahun selesai.

Pembunuhan itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu anggota polis itu.

Selepas kematian Along, Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, namun masih tidak dapat menandingi aura suara yang dimiliki Along.

Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam. Bagaikan sudah tiada lagi penggantinya. Namun, sebelum ini lagi nyayiannya kembali dimainkan. Lagu popular arwah yang berjudul Rindu Serindu-Rindunya kini dibawakan semula oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Firman Siagian.

Semoga rohnya tenang bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Arwah.

Credit: http://beritasemasa.net/

MASIHKAN ANDA INGAT TENTANG PEMBUNUHAN KEJAM ALONG SPOON PADA TAHUN 2000?? INILAH FAKTA KES YANG RAMAI TIDAK TAHU! MASIHKAN ANDA INGAT TENTANG PEMBUNUHAN KEJAM ALONG SPOON PADA TAHUN 2000?? INILAH FAKTA KES YANG RAMAI TIDAK TAHU! Reviewed by Unknown on September 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.