banner image

Cara Hentikan Anak Main Gajet, Sebelum Jadi Melarat Mak Ayah Patut Guna Strategi Ini!


Tak boleh terlalu biarkan anak main gajet sebab mereka akan cipta dunianya sendiri, menjadi kurang interaksi dan komunikasi, malah boleh menggangu proses belajar.

Inilah yang akan undang bahaya kepada anak yang suka main gajet dan akhirnya mak ayah sendiri buntu mencari sebab kenapa anak suka bermain sendiri dan kurang peka bila menerima arahan.

Untuk bantu anak main gajet lebih daripada masa yang sepatutnya, jemput baca perkongsian Puan Sharifah Zahidah ini…

Pernah saya tengok seorang anak kecil yang berlari-lari menyorok ke sudut terpencil dengan hp ibu atau bapanya, lagak seperti ‘mencuri guna/mengambil senyap-senyap’ handphone ibubapanya sebab nak curi-curi tengok YouTube!

Terkedek-kedek dia jalan sambil toleh kiri toleh kanan perlahan-lahan.

Ada orang kata, comel!

Ya, memang comel. Tapi kecomelan itu kelak akan berubah menjadi satu malapetaka andai tak dirawat. Itu kecomelan yang bahaya.

Saya pun pernah lewati zaman Maryam suka curi-curi guna handphone saya. Sedar-sedar saja, haih, handphone saya hilang, dengan dia dia sekali ‘hilang’. Stress memang stress. Kalau dah dalam jajahan takluk dia tu, bukan senang kita nak ‘tuntut’ balik hak kita.

Faham kan macam mana?

Dan.. Saranan yang saya terima ketika itu ialah,

“Letak password pada handphone, nanti dia tak guna dah….!”

Ramai saran macam ni, ramai buat macam ni.

Betullah, kalau letak password di handphone dia tak boleh guna dah nanti.

Tapi…

Saya tak mahu guna cara tu walaupun terbukti ekspres!

Sebab?

Sebab saya tak mahu dia BERHENTI guna handphone saya semata-mata kerana PELUANG yang terkambus. Kerana kelak nanti bila saya larang dia dari sesuatu, dia hanya akan mematuhi larangan saya setakat PELUANG yang terbatas saja. Dan dalam masa yang sama, dia akan mencari akal bagaimana untuk mencari PELUANG baru dan menembusi larangan tersebut, dan seterusnya melakukannya dengan lebih teruk lagi di belakang saya!

Tak nak.

Salah macam tu.

Jadi biarlah saya didik dan besarkan dia dengan cara yang ‘susah’ sedikit asalkan kesan didikan itu membekas dalam jiwanya menjadikan dia seorang yang BERPRINSIP.

Ya, ajarkan dia PRINSIP.

Maka bermulalah episod saya mula berdiplomasi dan terangkan secara baik DENGAN CARA YANG BETUL, bahawa dia PERLU HORMATI HARTA BENDA SAYA, DIA PERLU HORMATI PRIVASI SAYA dengan handphone saya dan dia hanya boleh guna atas PENGETAHUAN dan IZIN saya SEMATA. Pengetahuan semata tanpa izin saja tidak boleh. Dan izin saja tanpa pengetahuan saya juga tidak boleh.

Kenapa saya sebut, “Terangkan dengan baik, DENGAN CARA YANG BETUL?”

Sebab, ramai ibubapa yang cuba terangkan dengan baik kepada anak mereka tetapi caranya salah!
Jadi cara yang betulnya bagaimana?

Cara yang betul ialah APABILA ANAK DIJAUHKAN DARI HANDPHONE SEBELUM atau BEBERAPA JAM SELEPAS kita bercakap dengan mereka. Ketika ini, anak-anak boleh FOKUS berbanding ketika handphone sedang berada di tangannya atau ketika dia baru saja menggunakan handphone. Baca bawah lagi, saya terangkan sebabnya.



Yang selalu saya tengok, parents nak educate anak-anak tentang penggunaan atau peraturan gadget ketika anak tu tengah syiok layan YouTube atau kartunnya.

Yang jadi apa?

YANG JADI IALAH ANAK TAK DAPAT MENDENGAR PUN!

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kadang-kadang, anak macam lampi atau bingung saja dengan apa yang kita cakapkan. Perasan kan?

Waktu anak-anak memang dah pegang handphone, kita tak boleh educate atau syarah panjang-panjang dah, kita cuma boleh PERINGATKAN SAHAJA TENTANG JANJI/ISI PERBUALAN KITA dengan dia beberapa jam tadi. Ingatan yang pendek dan ringkas-ringkas.

Jangan cakap panjang-panjang atau bebel banyak-banyak.
Anak-anak tak ingat dah.

Tak fokus dah.

Sebab gadget buat fokusnya terhenti, otaknya seakan ‘mati’ memproses maklumat dan sedang dalam fasa ‘tidur tak bekerja’ walau hakikatnya mata dia bulat menonton skrin tak kelip-kelip mata. Itu bukan petanda anak fokus ya, tapi itu simptom seakan hypnotized dengan screen exposure.

Jadi, nak educate, nak MOU, nak diplomasi dan nak bagi pesanan pada anak adalah SEBELUM dia guna handphone atau beberapa jam selepas dia guna.

Nak pesan apa?

Pesanlah yang baik-baik bahawa handphone itu milik kita, kita buat kerja dengan handphone, dia perlu minta izin, dan kita akan lebih sayangi dia dengan permohonan izinnya dan sebagainya. Banyak boleh kita cakapkan kepada mereka. Yang penting, jelaskan bahawa dia perlu hormati kita sebagai ibubapa dan hormati semua harta benda kita. Nak pinjam, minta izin. When I say yes, use it. When I say no, leave it.

Dan in return, kita sendiri, perlu hormati harta benda mereka.

Walau anak kita umurnya 2 tahun baru ketika itu, tapi bila kita kemas rumah dah nak buang mainannya yang rosak, ‘MINTA PERSETUJUANNYA’ dulu.

Saya tulis minta persetujuan, bukan minta izin, sebab kita ibubapa, kita tak perlu izin anak dalam hal ini. Kita cuma perlu buat dia bersetuju sahaja.

Bila kita minta persetujuan, bukan kita nak jadikan anak sebagai Tuan.

Tapi sebab kita FAHAM bahawa DIDIKAN

Credit: https://selendangmaya.com
Cara Hentikan Anak Main Gajet, Sebelum Jadi Melarat Mak Ayah Patut Guna Strategi Ini! Cara Hentikan Anak Main Gajet, Sebelum Jadi Melarat Mak Ayah Patut Guna Strategi Ini! Reviewed by Unknown on October 11, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.