Pasti ramai yang pernah makan kentang yang dah keluar tunas dan selalunya kaum ibu yang akan selalu jumpa kerana kerap berada di dapur disebabkan ianya disimpan dalam jangka masa terlalu lama.
Selalunya kentang yang dah bertunas tu, ramai yang terus makan saja kerana sayang nak buang sebab disimpan dalam kuantiti yang banyak.
Tetapi, sebenarnya tindakan sebegitu adalah sangat memberhaya kepada kita seisi keluarga. Mengapa? Berikutnya adalah sebab-sebab bahaya makan kentang yang sudah bertunas.
Sebab 1 : Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut
Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang.
Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Sebab 2 : Sakit Kepala Salah Satu Punca
Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan. Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.
Sebab 3 : Kentang Kulit Hijau Beracun
Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat.
Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit. Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.
Sebab 4 : Ia Sudah Kehilangan Nutrisi
Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.
Sebab 5 : Mengundang Risiko Kanser
Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.
Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.
Permukaan Kentang Biarlah Yang Licin
Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.
Kalau Berat.. Dah Betullah Tu
Kentang yang baik, ia perlulah berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian. Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.
Warna Kentang Kena Kuning Muda
Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.
Jangan Pilih Yang Dah Bertunas
Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.
Saiz Kentang
Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.
Jangan Simpan Dalam Plastik
Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.
Mengapa Kita Tak Boleh Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas & Bahaya? Ini Sebabnya..
Reviewed by Unknown
on
October 11, 2017
Rating:
No comments: