Adakah kamu tahu yang kucing tidak dapat merasa makanan yang manis
Bagi mereka memelihara kucing, kita pasti tahu yang kucing tidak begitu suka
makanan yang manis,pedas dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana kucing ini tidak mempunyai kebolehan untuk merasa rasa yang berbeza seperti manis. Pada tahun 2005, saintis dari MOnell Chemical Senses Center, Philadelphia mendapati bahawa kekurangan genetik telah memadamkan genetik yang berkaitan untuk merasa makanan manis.
Dipetik dari Scientific American Magazines, kucing hanya berminat untuk 1 benda lain selain tidur iaitu daging. Namun, kebanyakan pengeluar makanan kucing meletakkan jagung dan bijiran pada makanan kucing. Ini menyebabkan Diabetes kucing menjadi satu perkara biasa. Ini kerana, kucing tidak mampu untuk menampung segala karbohidrat dalam makanan tersebut
Namun terdapat kucing yang makan makanan manis tetapi ia tidak semestinya menunjukkan bahawa kucing mampu untuk merasa makanan manis.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut
1. Mungkin bau makanan yang menyelerakan
2. Garam atau asid amino yang menyebabkan kucing tertarik
3. Mungkin rasa lain yang menarik perhatian kucing seperti berlemak, pahit dan sebagainya
4. Mungkin tekstur makanan tersebut
Jika kamu terlihat kucing makan makanan yang manis ianya mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang diatas. Secara kesimpulan, kucing memang tidak dapat merasa makanan yang manis.
SILA SHARE ARTIKEL JIKA MENARIK
MENGAPAKAH KUCING TIDAK DAPAT MERASA MAKANAN YANG MANIS
Reviewed by Unknown
on
October 01, 2017
Rating:
No comments: