RAKYAT MALAYSIA DAH JADI MACAM ‘BANGLA’ DI AUSTRALIA. BERENANG DAN MENYOROK DALAM HUTAN ELAK DITANGKAP IMIGRESEN.
Peningkatan sara hidup kini menyebab kan ramai rakyat sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mendapat kan wang untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Disebab kan desakan itu juga, ramai yang sanggup berhijrah ke negara asing untuk mendapat kan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Jika dulu, pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh sudah sinonim datang ke Malaysia bagi mendapa tkan peluang bekerjaan tetapi kini lain pula cerita nya. Rakyat Malaysia sendiri mula berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Kini, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana. Ada yang bekerja di sana secara sah dan tidak kurang juga ada yang bekerja secara haram.
Mari kita baca kisah suka duka rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah secara haram ini. Artikel asal dari Utusan Online.
Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah terdesak nya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila di gempur Imigresen Australia.
Mereka hidup dalam ketakutan di buru dan perlu nekad serta licik melolos kan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.
Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imigresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.
Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.
Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.
Shahdam, awal 50- an, yang berasal dari utara ber kata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk mengguna kan anjing pengesan.
Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.
“Mana hang nak lari? Bila terdesak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang dalam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.
“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.
Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen- stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melari kan diri ke kawasan lain.
Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.
“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.
“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya.
Kredit sensasi media dot com
RAKYAT MALAYSIA DAH JADI MACAM ‘BANGLA’ DI AUSTRALIA. BERENANG DAN MENYOROK DALAM HUTAN ELAK DITANGKAP IMIGRESEN.
Reviewed by Unknown
on
October 12, 2017
Rating:
No comments: