Bismillahirrahmanirrahim,
Saya ingin kongsi sahaja cerita di hari minggu ni.
Teringat zaman muda dulu pernah berkerja di Penjara Pudu kalau tak silap saya tahun 1998 kot. Tak sure. Semasa itu penjara Pudu diambil alih oleh syarikat swasta untuk kendalikan Penjara Pudu untuk jadikan pameran untuk orang ramai.
Tapi yang diseliakan tetap dari warga Jabatan Penjara Malaysia. Time tu boss besar kami Tuan Aris dia dulu junior Atuk saya. Sebab dulu atuk saya bekas warden di Penjara Pudu.
Dipendekkan cerita saya bersama sahabat baik saya jaga bilik akhir (bilik hukuman gantung). Seronok betul time tu. Time muda-muda suka betul part-part tempat macam tu.
Satu kawasan penjara pudu memang tapau habis la. Corok mana semua dah pergi dan lepak. Kawasan yg tak boleh masuk pun kami masuk juga 😉.
Banyak kisah yang pelik-pelik. Tapi tak apa la saya simpan lepak-lepak nanti boleh lah cerita. Banyak perkara yang saya belajar dan kesedaran semasa kerja di situ. Lagi seronok ex warden pula kenalan atuk saya, lagi banyak cerita saya dapat dan rasai.
Ini pula cerita dari ustaz, kita jadikan iktibar bersama.
"Jangan dihina pelaku maksiat kerana ada jalan taubat buat mereka di akhir hayatnya....bagaimana pula dengan kita? apakah nanti ada ruang untuk bertaubat?" Ikuti kisah menyayat hati ini,
Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.
Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".
Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat, mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.
Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
Nama biliknya "Sel akhir". Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja. Waktu Hakim baca: "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi." Ianya mesti prosedurnya begitu. Kalau hukuman dibaca hari Ahad, maka akan dijatuhkan hukuman pada hari jumaat. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan, lutut dia dah tak boleh berdiri dah. Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja lagi. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja lagi. Dia sudah tahu bila ajalnya akan tiba. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali serta akan berseorangan. Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya. Sentiasa membaca Al-Quran dan solat taubat.
Bila ustaz agama yang pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz."
Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah S.W.T sembahyang. Solatnya panjang, zikirnya banyak, Quraannya banyak, tak henti-henti mengadu pada Allah S.W.T. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia cuma ada 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan yang dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah
.
Manusia yang tahu ajalnya, dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan. Sebab itu diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah S.W.T merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kepada saya dan kita semua.
Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua. Sebab dia tau bila untuk bertaubat. Dia boleh bertaubat, Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT. Tak tahu bila nak mati. Maka banduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah S.W.T.
"Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepada Mu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!".
Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia.
Esok pagi atau malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50. Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah, maka dia akan diberikan pilihan boleh pilih. Tuan-tuan banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah. Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi. Maka BENARLAH apa yg Allah S.W.T sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu Rahsia Allah.
Ya.. benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa. Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya.
Tuan-tuan bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi?? Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam? Tak ada apa yang boleh dipesan diketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
Bila peluk isteri, "Maafkan abang, Maafkan abang". Itu sahaja. Nak kemaafan sahaja disaat-saat akhir ini.
Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH S.W.T merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan Allah S.W.T.
Wallahua'lam.
Kredit: Jazwan Kahar
Banduan Penjara Pudu Terakhir Sebelum Ke TALI GANTUNG
Reviewed by Unknown
on
October 17, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 17, 2017
Rating:




No comments: