Sebuah hotel memiliki 10,000 bilik hotel yang terletak di Pulau Rugen, Jerman, telah dibina sekitar tahun 1936 sehingga 1939, tiga hari sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Lokasinya yang terletak berhadapan dengan laut adalah strategik untuk menarik minat pelancong. Ditambah pula dengan pemandangan alam sekitarnya yang menghijau sudah pasti akan membuatkan ramai pengunjung mahu bermalam di hotel ini.
Namun, sejak bangunan ini telah siap dibina sehingga kini, tidak ada seorang pun tetamu yang sempat menginap di hotel ini kerana mempunyai sejarah lampau yang tersendiri.
Pemimpin Jerman, Adolf Hitler pada ketika itu menginginkan sebuah resort mewah yang bukan sahaja memiliki hotel di dalamnya namun juga dilengkapi dengan panggung wayang, teater dan pentas konsert untuk memberikan pengalaman bercuti yang terbaik bagi warga Jerman.
Pembinaan hotel yang melibatkan tenaga kerja seramai 9,000 orang pekerja bagi membina 8 blok bangunan dengan panjang sejauh 4.5 km. yang memiliki 10,000 bilik yang dapat menampung 20,000 tetamu.
Tetapi apabila berlaku perang pada tahun 1939, semua pekerja telah dipindahkan untuk bekerja sebagai tentera bagi menjaga keamanan negara. Inilah punca sebenar hotel terbesar di dunia ini tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana tetamu luar.
Sumber : taikotai.tv
MISTERI HOTEL DENGAN 10,000 BILIK HOTEL YANG TIDAK PERNAH BERPENGHUNI SEJAK DAHULU LAGI!
Reviewed by Unknown
on
February 11, 2018
Rating:
No comments: