banner image

5 KES MISTERI DI SABAH YANG KITA TIDAK BOLEH LUPA


Kes-kes yang menggemparkan satu Sabah satu masa dulu. Mungkin kebanyakan kita tau pasal semua kes di bawah. Mungkin ada juga yang first time dengar. Apa yang sudah berlaku dengan ni kes semua? Bagi rakyat umumnya tiada sudah perkembangan lanjut. Kah ada update terbaru?

1)  KES PEMBUNUHAN DATUK NORJAN KHAN BAHADAR


Info publik:

Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Dijumpai mati oleh chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya kira-kira 9 am pada Feb 11, 2004 di bilik nombor 208. “Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck.” Menurut akhbar NST (berbeza sedikit dari segi fakta akhbar lain). Suspek: Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin, 27 tahun pada masa itu. Tahun ini 2015 dalam lingkungan 37 tahun lah dia. Tuduhan kepada suspek digugurkan atas sebab tidak cukup bukti.

Nota:

Ada CCTV, pita rakaman diambil pihak siasatan. Artikel Tranungkite.net. Tiada suspek, tiada motif dan tiada saksi.


2) DOUBLE SIX TRAGEDY


Info publik:

Kapal Terbang jenis GAF Nomad N.22B  Buatan Australia. Krew 1, Penumpang 10. Mangsa termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Fuad Stephens , Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion. Senarai nama lain: Anak lelaki Tun Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said Mohammad dan pilot Captain Nathan Ghandi. Kapal terbang dikatakan ‘stalled’ dan jatuh terhempas semasa pendaratan. Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu. Kapal terbang milik Sabah Air. Dipanggil “Double Six” sebab berlaku pada 6/6/1976.

Nota:

Banyak spekulasi. Laporan siasatan masih lagi tidak diberi akses umum. Punca sebenar nahas tidak diketahui. Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang hidup yang paling terakhir berjumpa dengan dia. Tengku sudah pakai safety belt dan Datuk Harris Salleh ngam-ngam ajak dia ikut kapal terbang lain (tinjau projek ladang sapi). Datuk Jeffrey, Borneo Post. Sharing pengalaman si Razaleigh.

3) 14 EKOR GAJAH PYGMY MATI DIRACUN


Info Publik:

Dijumpai mati January 2013. 14 ekor kesemuanya. Kandungan perut sudah dibuat analisis. Mengandungi kandungan “arsenic, cadmium, iron dan chromium” yang tinggi. Berlaku di kawasan hutan Gunung Rara, dekat Tawau.

Nota:

Belum ada suspek. Bahan begitu biasanya dipakai di kawasan lombong atau tempat pemerosesan buangan (tapi area ni memang tiada berdekatan). Seperti disengajakan. Motif tidak diketahui. Yayasan Sabah akan siasat. Setakat ini belum ada laporan umum tentang penangkapan suspek. Spekulasi tentang kenapa tiada update dan kerahsiaan bilang sebab pasal ladang sawit di sekitar ada kaitan sama ‘orang tertentu’.

4) ANNIE JOHN DISMAS


Info Publik:

Mendapat liputan luas di laman sosial. Keluarga dan rakan-rakan nya berabis bantu share tentang kehilangan dia dengan harapan ada yang dapat jejak / kenal pasti di mana-mana. Berasal dari Kudat dan bekerja sebagai seorang jururawat. Pergi ke KK bersama tunangnya untuk tujuan menghadiri kursus. Dilaporkan hilang pada 9 Oktober 2010 (Sabtu) lepas dia tidak balik rumah. Mayat dijumpai pada 12 Oktober 2010 (Selasa) di kawasan Taman Kingfisher di dalam sebuah longkang. Suspek termasuk tunang dan juga dua lagi individu ditahan reman.

Nota:

Setakat ini tiada info online terbaru untuk kes ini. Laporan berita sebut “had injuries to her head and a broken rib.” . Tiada info umum berkenaan punca kematian.

5) PEMBUNUHAN FATHER DE WIT, PADERI ST. PETER KUDAT


Info Publik:

Hampir tiada info menyeluruh yang dapat di cari secara online. Merupakan Paderi Gereja St. Peters, Kudat. Kediaman nya di kawasan gereja diceroboh oleh individu yang tidak dikenal pasti. Dibunuh kejam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang. Tarikh 28 Ogos 1983.

Nota:

Tribute to Fthr. De Wit by Agatha Lai. Tiada suspek. Semoga satu hari nanti pesalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Kalau kamurang ada info atau rasa ada info di sini yang tidak tepat, komen atau kontek kami


Credit sepenuhnya: http://www.orangsabah.com/
5 KES MISTERI DI SABAH YANG KITA TIDAK BOLEH LUPA 5 KES MISTERI DI SABAH YANG KITA TIDAK BOLEH LUPA Reviewed by Unknown on October 15, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.