banner image

Sering memukul bahu tuannya, siapa sangka kucing itu sedang memberitahu tuannya tentang sesuatu yang amat menakutkan!


Haiwan sememangnya dilahirkan keistimewaan yang tersendiri sehingga mereka memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh manusia. Manusia memang ciptaan paling sempurna tetapi tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ciptaan lain seperti haiwan juga punya keupayaan yang luar biasa, sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa.

Seperti wanita tua ini dia sangat bertuah apabila terjumpa seekor kucing hitam yang telah membantunya ‘mengesan’ sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Anda tahu apa yang dilakukan kucing ini? Ikuti kisah mereka…

Pada suatu malam seorang wanita tua berusia 64 terdengar bunyi seekor kucing di luar rumahnya. Kucing itu kelihatan lemah dan terus mengeluarkan bunyi kerana keluarga wanita itu tidak membenarkannya masuk ke dalam rumah.


Kejadian itu berlaku pada 20 tahun lalu, apabila Sue Mc Kenzie bertemu dengan kucing hitam untuk pertama kalinya.

Ketika itu, Sue merasa tidak sampai hati untuk membiarkan kucing itu berkeliaran di luar serta khuatir jika dia dalam kelaparan. Sue lalu memutuskan untuk membiarkan kucing itu masuk ke rumah tanpa pengetahuan keluarganya dan memberikan sepotong daging buat kucing hitam tersebut.


Kucing itu akhirnya diambil dan dijaga oleh Sue dan keluarganya. Mereka memberi nama Tom kepada kucing hitam itu.

Tom walau bagaimanapun bukanlah seperti kucing yang lain. Dia tidak ramah atau suka bermanja dan bermain-main dengan keluarga Sue. Dia lebih suka bersendirian, berjalan dan bermain sendiri tanpa ada yang menemani.


Namun begitu, entah kenapa Tom tiba-tiba berubah. Dia mula mendekati tuannya dan suka berdiri di bahu kanan tuannya, memukul-mukul bahu dan leher dengan menggunakan kakinya.

Pada awalnya Sue hanya membiarkannya kerana berfikir itu mungkin cara tom untuk bermanja dengannya. Tetapi lama kelamaan bahunya mula terasa sakit apabila Tom memukul bahunya


Sue akhirnya bertemu dengan doktor kerana tidak tahan lagi dengan kesakitannya. Sesuatu yang sangat memeranjatkan telah berlaku, doktor telah mengesahkan bahawa terdapat tumor di bahu kanan Sue. Oleh kerana tumor itu sudah membesar maka Sue harus segera dibedah untuk membuang tumor tersebut dan menjalani kemoterapi.


Berita tersebut sangat mengejutkan Sue dan keluarganya. Tiada siapa yang tahu bahawa Sue sebenarnya memiliki tumor sebelum Tom datang kepadanya. Setelah menjalani rawatan selama beberapa tahun, Sue kini telah sembuh sepenuhnya. Baginya Tom adalah pelindung yang dihantar oleh Tuhan untuknya. Jika tiada Tom dia mungkin tidak akan tahu tentang tumor itu.

Benarlah haiwan itu punya deria semula jadi yang boleh mengesan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. Terbukti bahawa walaupun Tom hanya seekor kucing tetapi dia punya keistimewaan yang tidak dimiliki oleh manusia!

Sumber: goodtimes.my
Kredit: https://emasputih.com
Sering memukul bahu tuannya, siapa sangka kucing itu sedang memberitahu tuannya tentang sesuatu yang amat menakutkan! Sering memukul bahu tuannya, siapa sangka kucing itu sedang memberitahu tuannya tentang sesuatu yang amat menakutkan! Reviewed by Unknown on October 14, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.