banner image

TIPS MEMANDU KETIKA BANJIR


1. Kalau nampak air banjir di depan, berenti dulu utk menilai kedalaman air.


2. Standard ekzos kereta dibina pada 7-8 inci dari tanah. So, tengok kereta di depan (terutama kereta yg sama model dgn kereta anda) yg sedang meredah air, tenggelam ke tidak ekzosnya. Amati hingga kereta tersebut naik ke kawasan daratan di hadapan utk mengetahui kedalaman air yang akan diredah.


3. Kalau paras air di bawah ekzos, maka OKAY, boleh REDAH tapi jangan laju sangat.


4. Kalau keluar bunyi ‘tepukan air’ bawah lantai kereta, itu perkara biasa, sama spt anda naik bot, cuma maintain kelajuan OPTIMUM (tak laju, tak perlahan) utk mengelak kereta ditolak ‘ombak air' dan mengubah haluan ke bahu jalan. Pertimbangkan kesan ‘ombak' yg kereta anda hasilkan kepada pengguna lain. Kalau air banjir, lebih tinggi dpd EKZOS tapi taklah sampai merodok air macam kapal selam, kalau tiada pilihan selain meredah, maka ada caranya.


5. Kalau kereta manual, pastikan gear di Gear 1 dgn RPM lebih dari 2500. Jangan cuba kurangkan dari itu atau jgn perlahankan RPM ketika meredah air.


6. Jika diperlahankan, air akan DISEDUT melalui ekzos dan masuk ke enjin. Inilah PUNCA utama kereta MATI ketika meredah air banjir.


7.  Kalau kereta anda auto transmission, masukkan ke gear LOW dan redahlah air banjir perlahan2 pada kelajuan yg sesuai; slowly but steadily.


8. Bagi kereta manual, utk maintain RPM tinggi dgn kelajuan yg rendah (tak laju namun terkawal) ketika meredah air, MAIN-MAINKAN clutch kaki utk mengawal kelajuan. Biasanya RPM pada Gear 1 sudah cukup. Sebagai pemandu berpengalaman, anda boleh mengawal keadaan dgn gerak hati ketika kaki menyentuh clutch.


9. Untuk kereta transmisi auto, main-mainkan HANDBRAKE utk mengawal kelajuan kereta. PASTIKAN butang handbrake sentiasa dalam mode RELEASE. JANGAN lepas supaya brake tak LOCKED!

Biasanya, jarak optimum utk praktis di atas ialah kurang dari 250 meter. Banjir kilat biasanya kurang dari 50 meter.


PENTING!

2 TIPS TAMBAHAN
10. Pastikan laluan di depan CLEAR sebelum meredah supaya pemanduan lancar tanpa gangguan. Jika PERLU tunggu, maka TUNGGU kereta di depan tiba di zon selamat. Pastikan tidak ada orang melintas atau kereta berhenti/terhenti dek mati enjin di hadapan. Jika tidak, anda akan tersangkut sekali dalam banjir. Maka itu, kena bijak dan sabar.


11. Selepas naik ke zon selamat/ daratan, uji BREK kereta. Kemungkinan besar brek tiada cengkaman kerana basah. Cara utk mengeringkan brek, pandu perlahan2 (hadkan pada kelajuan 10-15 kmj) sambil menekan pedal minyak & brek serentak. Ini akan menghasilkan KEPANASAN pada brek supaya cepat kering dan kembali mencengkam.


12. Apabila rasa cengkaman brek sudah okay, uji pula BRAKE pada kelajuan 20 - 25 kmj. Uji berulang kali dalam jarak 20-30 meter.

Ulang proses 2 dan 3 sehingga mendapat cengkaman brek yang memuaskan 😊
=======================
Mudah-mudahan bermanfaat. Pandulah secara berhemah, bijak dan sabar. Doa jangan putus. Insha-Allah selamat.
TIPS MEMANDU KETIKA BANJIR TIPS MEMANDU KETIKA BANJIR Reviewed by Unknown on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.