banner image

Tugas sukar Malaysia Tigers di Dhaka


SKUAD hoki kebangsaan dijangka berhadapan saingan sengit walaupun turun sebagai pasukan ranking kedua terbaik Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh.

Jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen berkata, saingan lebih sengit dijangka daripada tiga pasukan dalam ranking 20 terbaik dunia iaitu Korea Selatan (13), Jepun (17) dan China (18), yang belum menempah slot ke Piala Dunia 2018.

“Piala Asia kali ini penting untuk kita kumpul mata bagi menaikkan ranking atau pun sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan kini. Lagipun pasukan di ranking ke-13 dan 14 dunia, hanya berbeza 35 mata di belakang. Kita kena hati-hati.

"Kejohanan ini juga penting untuk kita memperbaiki mutu permainan pemain tapi ini bukan kejohanan yang mudah untuk kita.

"Ketiga-tiga negara itu sudah pasti lebih bersedia untuk menang,” katanya dalam sidang akhbar Kesatuan Hoki Malaysia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

Beliau berkata, kejohanan ini penting buat pasukan Malaysia Tigers walaupun ada yang beranggapan ia tidak penting kerana Malaysia kini di ranking ke-12 dunia telah pun layak ke Piala Dunia.

Selain Malaysia, pasukan ranking keenam dunia, India dan Pakistan (14) juga turut tersenarai ke Piala Dunia di India, tahun depan.

Malaysia diundi Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman (30), manakala Kumpulan A melibatkan India, Pakistan, Jepun dan tuan rumah, Bangladesh (34).

Pasukan negara dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Jepun sebelum Piala Asia membuka tirai pada 11 hingga 22 Okt.

Mengulas mengenai senarai pemain, tiga pemain senior iaitu Meor Azuan Hassan, Izad Hakimi Jamaluddin dan Firhan Ashaari tidak akan turut serta ke Dhaka ekoran kecederaan.

Penyerang muda hoki negara, Nik Mohd Aiman Nik Rozemi direhatkan dari kejohanan tersebut untuk menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Johor pada 22 hingga 28 Okt ini.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Tugas sukar Malaysia Tigers di Dhaka Tugas sukar Malaysia Tigers di Dhaka Reviewed by Unknown on October 04, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.